13 Aurat Wanita Dalam Islam
Wanita
dalam keseluruhan jasad (bodinya) bahkan suaranya adalah aurat atau
hiasan yang hanya halal dan yang berhak menikmati adalah muhrimnya atau
suaminya yang sah. Batasan aurat yang boleh kelihatan (nampak) hanyalah
telapak tangan dan wajah (referensi : Al-Quran + Hadist). Apabila
seorang wanita keluar rumah dengan di hias-hiasi, maka sebenarnya wanita
tersebut telah menarik perhatian syaitan. Oleh karena itu Islam
mengajarkan wanita apabila keluar rumah agar aurat tertutup rapi serta
keluar atas dasar keperluan rumah tangga semata, boleh berdandan tapi
dalam batas sewajarnya.
13 Aurat Wanita
1. Bulu
kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur
atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening –
(Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
2. Kaki memakai gelang
kaki berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –
(Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangi-wangian atau parfum – Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata
ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang – (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain
tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – (Surah An-Nur
Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –Hadis Riwayat
At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi
cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu
seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma binti Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan
dan wajah saja – (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan –
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – (Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah
kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
pemandangannya – ( Surah An Nur Ayat 31.)
Sabda Nabi Muhamad
SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu
hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya haram – (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan
itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik – (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya
akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,
iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – (Hadis
Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan
mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari (Surah An Nur Ayat
31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – (Hadis
Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan Allah – (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian
yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – (Hadis Riwayat
Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
(Surah Al Ahzab Ayat
59. ) : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai
baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka
mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli
Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang
condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih
otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.)
dikutip dari berbagai sumber.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.